Pertemuan dengan Sri Ramakrishna Swami_Vivekananda

Narendra telah mendengar tentang Sri Ramakrishnadaripada pengetua kolejnya, Reverend W.Hastie yang mengajarnya sastera Inggeris. Ketika menerangkan tentang keadaan ‘keghairahan rohani’ yang digambarkan dalam sajak Wordsworth bertajuk ‘The Excursion’, Hastie meminta pelajar-pelajarnya untuk melawat seorang alim bernama Sri Ramakrishna sekiranya mereka berminat untuk memahami maksud perkataan itu dengan lebih jelas. Hastie memberitahu mereka bahawa beliau pernah melihat Sri Ramakrishna mengalami keghairahan rohani.

Dalam musim sejuk, November 1881, Surendra, seorang jiran dan sahabat, menjemput Narendra untuk menyanyikan beberapa buah lagu suci dalam satu majlis. Tetamu khas pada hari itu adalah Sri Ramakrishna. Selepas mendengar nyanyian Narendra yang menyentuh kalbu, Sri Ramakrishna telah menyoal Surendra mengenainya. Beliau juga telah meminta Surendra untuk membawa Narendra ke Dakshineshwar.

Pertemuan pertama Narendra dan Sri Ramakrishna amat bermakna. Sri Ramakrishna sendiri menceritakannya begini: “Narendra memasuki kamar inimelalui pintu barat, yang menghadap Ganges. Saya mendapatinya tidak peduli tentang perwatakannya. Rambut dan pakaiannya tidak kemas.Berbanding dengan teman-temannya, dia kelihatan amat tersisih, seolah-olah dia tidak berminat dengan dunia ini. Matanya menunjukkan bahawa sebahagian besar mindanya sentiasa berada dalam renungan. Apabila sayamelihat ini, saya berasa kagum. Macam manakah seorang yang beraspirasi rohani begini boleh tinggal di Calcutta, tempat orang-orang yang materialistik? Segulung tikar telah dibentang di atas lantai. Saya memintanya untuk duduk. Dia duduk bersila berdekatan kendi air Ganges. Beberapa orang rakannya berada bersama-samanya pada hari itu. Saya mendapati bahawa mereka hanya orang-orang duniawi yang biasa dan berfikir hanya tentang keseronokan mereka.” Pada pertemuan pertama ini, Sri Ramakrishna meminta Narendra untuk menyanyikan beberapa buah lagu. Narendra menyanyikan sebuah lagu yang kini sangat popular dalam Bahasa Bengali berjudul "Mano Chalo Nije Niketana" (Oh Hati, baliklah ke rumah kita sendiri!)

Untuk bacaan lanjut, sila layari blog : http://hikayatvivekananda.blogspot.com

Rujukan

WikiPedia: Swami_Vivekananda http://hikayatvivekananda.blogspot.com http://hikayatvivekananda.blogspot.com/ http://leonine-vivekananda.blogspot.com http://vivekanandabio.blogspot.com/2015/04/ucapan-... http://socialarchive.iath.virginia.edu/ark:/99166/... http://catalogo.bne.es/uhtbin/authoritybrowse.cgi?... http://aleph.nli.org.il/F/?func=find-b&local_base=... http://www.ramakrishnavivekananda.info/vivekananda... http://vivekananda.net/photos/1893-1895TN/pages/ch... http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p177285974